----------------------------------------------------------------
Anakku
Janganlah lupa..
Janji-janji mu dengan Allah sebelum roh kamu di hembus kedalam rahim ibumu..
Anakku..
Janganlah lupa..
Setiap bait-bait sunnah Rasulullah. Rinduilah baginda lebih dari segalanya kerana Baginda amat merinduimu..
Anakku..
Janganlah lupa..
Tanggungjawabmu kepada agamamu. Tegakkanlah dan wariskanlah agamamu kepada generasi akan datang..
Anakku..
Janganlah lupa..
Jasa-jasa ibu dan bapamu. Kami sanggup berlapar kami sanggup sakit menangis dan ketawa bersama hanya untuk melihat gelak ketawa sentiasa terukir diwajahmu..
Anakku..
Tidak pernah tipis kasihku kepada mu..
Tidak pernah kering bibirku mendoakan mu..
Tidak pernah penat diriku membesarkan mu..
Tidak pernah mengeluh diriku mendidik mu..
Anakku..
Sebelum diriku pulang kepada pencipta..
Sebelum diriku memejamkan mata..
Sebelum diriku menghembus nafas terakhir..
Ingatlah..
Diriku menyayangi mu..
Diriku mengasihi mu..
Diriku mencintai mu..
Diriku akan sentiasa merindui mu..
Jangan ditinggal pesanan diriku..
Jangan dilupa nasihat diriku..
Jangan diabai didikan diriku..
Anakku..
Inilah bait-bait kataku kepada dirimu..
---------------------------------------------------------------
Tiada tangan selembut ibumu tiada tenaga sekuat ayahmu tiada kasih sedalam kasih sayang ibu dan bapamu..
---------------------------------------------------------------